Selak

Showing posts with label Faith. Show all posts
Showing posts with label Faith. Show all posts

Friday, February 10, 2012

siapalah daku

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...
sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.


Aku malu nak copy paste tanpa kredit kepada tuan asal..
 source asal <klik sini
maaf atas kejahilan dan ke kurangan ilmu sndiri

Friday, November 4, 2011

Istikharah

aku tak pernah solat istikharah.
sebab er,entah la~
takpernah tegerak hati nak buat lagi...
well,org kate jgn buat solat hajat hanya sebab nak sesuatu.solat istikharah?entah la.
mungkin sebab tu aku slalu myesal dengan semua yg aku buat.
boleh jadi..tula sebab asik serabut je..
herm,saje nak letak sni.mane tau esok-esok rasa nak buat..




Doa Istikharah: Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya /engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku.

Tuesday, May 10, 2011

tetiba kan...

1.Doa mendapatkan jodoh

"Rabbana hablana min azwaajina, wa dzurriyyatina qurrata a'yuniw, waj'alna lil muttaqiena imaamaa."

Artinya:
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami jodoh [2] kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertakwa." (QS 25:74)

2.Do’a agar dimudahkan dalam mendapatkan jodoh :

“ROBBI LAA TADZARNI FARDAN WA ANTA KHOIRUL WAARITSIN”.

Artinya:
“Ya Allah janganlah engkau tinggalkan aku seorang diri dan engkau sebaik2nya dzat yang mewarisi”.



4. Doa bagi wanita yang berharap jodoh :

“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THOYYIBAN WAYAKUUNA SHOOHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.

Artinya:
“Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat”.


5. ALLAAHUMMAFTAHLII HIKMATAKA WANSYUR ‘ALAYYA MIN KHOZAA INI ROHMATIKA YAA ARHAMAR-ROOHIMIIN”.

Artinya:
“Ya Allah bukakanlah bagiku hikmah-Mu dan limpahkanlah padaku keberkahan-Mu, wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang”.


6. "ROBBI INNII LIMAA ANZALTA ILAYYA MIN KHOIRIN FAQIIR".

Artinya:
Ya Robb, sesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku”. (Q.S. 28 : 24)


7. “HASBUNALLOOH WANI’MAL WAKIIL NI’MAL MAULA WANI’MAN NASHIIR”.

Artinya:
"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong". (Q.S. 3 : 173 & 8 : 40).


8. “ROBBANAA HABLANAA MIN AZWAAJINAA WADZURRIYYAATINAA QURROTA A’YUN WAJ ‘ALNAA LIL MUTTAQIINA IMAAMAA”.

Artinya:
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri2 kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertakwa”. (Q.S. 25 : 74)

Monday, January 31, 2011

miracle happen

lame gile nak post psal ni..hahahaha
tp sumpah touching la tgk~
sebagai pompuan haruslah lepas tengok terus touching beserta ayer mata bila sampai at the end of clip ni...


mane la nak jumpa ini....time laki ni purpose kat tempat keje gurl tu pon aku dh start touching...
smua benda nak touching...
it also remind me of my cousin who face the same obstacle as chris's gf. kalau takde semangat yang kuat dari orang sekeliling.Maybe sekarang ni die dh lama tak bernafas. She have the same age as haziqah my younger sister.17 years old. Sebab car accident,she stayed in coma for a few weeks.Duration time yang enough untuk doctor cut off her life..Memang doctor pon kate takde harapan semua.Tak mungkin dapat bangun la..apa la.. TeTApiiiii Mungkin dari berkat doa parents and her family.she survive untuk hidup. But the suffering did not end at that time.For several years she couldn't walk or even talk. Every time I came to visit.It killing me apart seeing her condition to be that worst.. She was brilliant ,active and very cheerful before she turn to be that way. Macam ziqa,dorang suka compare kedudukan dalam kelas and markah exam bila jumpa. Dia agak rapat dengan ziqa... Ada doctor yang mak die jumpa untuk dapatkan advice siap bagitau ; " tak payah la susah payah.dia takda harapan dah.tak mungkin nak bercakap atau be normal again" Belajar terlalu pandai boleh buat kita lupa Setiap yang terjadi atas ketentuan Tuhan.... Apa salah untuk seorang ibu(reffering to my aunt) to have some faith that she going to be fine one day. Having a hope At least she can take care of herself in future. She still herself.Ceria dan tersenyum setiap kali orang melawat dia. Masa awal-awal benda ni jadi.Muka dia memang tak dapat sembunyikan kesedihan. Selalu mention psal nak mati...Kalau aku pon kena.Mesti pikir yang sama. Though she not able to talk.she start learning to type in text msg when asking for something.Atau nak luahkan perasaan. She was close with my father when he was around..Arwah Abah selalu jenguk lawat dia.Almost every week. Masa arwah abah last g umrah.Sempat doakan kat tempat yang mustajab. Tapi,Lepas balik dari umrah,abah tak sempat nak jumpa that pitty girl.  Few weeks lepas tu she started to talk..And she can never stop talking after that.Lepas die dah dapat bercakap barulah she can smile brighter dari sebelum tu. Agak susah nak pulihkan semangat budak macam ni.Kalau tak sebab family support.Not sure how she able to face everything on her own. Ya Allah banyak sungguh nikmat-Mu yang aku lupa syukuri.  Dan aku masih merasa tak cukup setelah banyak yang telah Kau beri. Bersyukur dan terus bersyukur.Dan jangan pernah berhenti berharap pada sesuatu yang mustahil. Hanya Tuhan yang dapat tentukan apa yang ingin diberi. such miracle could happen to her.it can happen to anyone.selagi kita percaya.

Sunday, October 24, 2010

MAUT ITU PASTI

bila ditanya seorang guru pada anak murid nya...
Berapa kali malaikat Izrail melawat melihat kita dalam sehari...
Ada yang beri jawapan..
Sekali..
Mungkin lima kali...
dan aku menjawab sebanyak 70 kali..sekadar meneka...
dan ia benar...
bayangkan dalam 70 kali apa yang kita sedang buat...sedang berdekah2 ketawa...
berguling-guling kemalasan..bersantai kegembiraan...

Seorang lagi guru ditanya anak murid yang berumur 11 tahun...
Antara mati waktu kiamat...atau mati sebelum kiamat...
Mana satu lebih baik?

Jawapan yang masih aku ingat....
kedua-dua er ada hikmah tersendiri...
kalau mati sebelum hari kiamat..kita akan di seksa dalam kubur...
kalau mati masa hari kiamat..kita akan mendapat tempias tanda-tanda besar kiamat..
dan mungkin terpedaya dengan dajjal...

Mati itu misteri milik Tuhan....
Seorang lelaki yang pernah membunuh 100 orang manusia tetap diterima taubat nya walau beliau tidak sempat sampai ditempat yang ingin dituju...
Maka siapalah kita untuk persoalkan tentang apa yang telah dilakukan simati...
atau baik buruk nya simati...

Berapa kali sehari harus nya kita ingati mati?
Mungkin sekali pun payah...kerana terlalu leka dengan dunia yang sia-sia...
Pagi ini seorang sahabat dipanggil dulu kealam yang kekal abadi...
Bergegas ke hospital Klang...pelbagai spekulasi dimaklumkan..
Bukan benar...mungkin jua itu alasan yang ditakdirkan...agar kita yang hidup punyai kekuatan untuk menerima kematian ini...
Hafsah Mat Nor...hingga akhir hayat diri nya tabah dari rakan yang lain...
Mampu berdiri sendiri di usia muda...lebih matang dari yang pernah kukenal waktu sekolah dulu...
Mungkin aku tak berkesempatan menulis lagi tentang dirimu...
Namun aku sedar,kamu lebih disayangi Yang Maha ESa....
ajal tetap ajal...masa dan keadaan ajal itu sahaja rahsia Allah....
Al-fatihah buat yang telah pergi....smoga Roh mereka tenang disana....

Monday, May 3, 2010

Donita-Menanti Sebuah Jawaban (Super HD Video Clip)

tetiba terjumpa lagu ni kat utube...best gak version donita ni..tp yg xler blah..ending vC nie...adeh2....dah syok2 layan..ttiba ler spoil ngan ending yg x msuk akal...lol~ ak kusut masai dah x siap lg keje ni..ym pon xler bukak dr td...bengang jer~erm sabar2...n tabah...
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah, Ayat ke-216)
lama dah ak x terbaca ayat ni....smoga ak menyukai perkara yang baik bagi-Mu dan membenci perkara yg tidak Kau sukai.... sometime You gave me difficulty yet let me ease in some other way~i'm the one who see darkness when u show me the light....forgive me~