Awkward sangat nak type entri baru.Kalau dulu laju je menaip...
Dah nak masuk bulan ke-6 koje kali ni.Ada lagi 6bulan sebelum abis kontrak.
Kekadang terselak jugak website carik keje baru.Yolah,Tak boleh nak yakin sangat boleh serap permanent.So far semua masih dalam kawalan.
Dah boleh mula bernafas semula..Lebih kurang 2tahun jugak terumbang ambing bagai dilautan gelora.Serabut nak jawab soalan orang satuhal.Permasalahan utama haruslah kedudukan kewangan yang memerlukan seribu satu kesabaran.
Kalau dulu ada duit lebih sikit simpan &guna untuk pegi jenjalan..
Fyi,aku burn 2 tix pegi bali dan krabi sebab koje kali ni..Sedeh wooo
Sekarang ni kena utama kan saving.Merangkak jugak nak uruskan kewangan sendiri.
Banyak plan 2013 nak kena capai.Takdelah sampai target jadi jutawan.Tapi kalau boleh nak abiskan bayar hutang sebelum berhutang benda lain.
Aku ni bukan pakar kewangan,tapi as individual pon kena tahu cara-cara penjimatan efficient dan sesuai dengan cara hidup.Hari-hari pikir pasal duit bukan sebab mata duitan..Dah serik bila waktu kepayahan takde emergency saving nak diguna pakai.Tak kan nak korek tabung haji je..parah lah gitew.
Walau berjuta(umpama shj) kalau tak reti nak uruskan...akan hangus jugak.
Makin kertu ni makin banyak lah kemahuan,nak tukar kereta baru,beli rumah,terliur handbag jenama memahal...dah macam sejenis hobi bila hari-hari belek website,instagram online shopping ni.Setakat ni masih waras lagi.Walau harga MK tu klau simpan gaji 3bulan boleh angkat satu,tengah mentabahkan hati untuk letak ke tempat yg lebih selamat.
Just nak share and reference sendiri website feveret nak tahu pasal save money and investing ni adalah ;
1.
Save Money Website - Sangat-sangat berguna.Cuma ada certain thing macam rate banking kita kena check balik dengan pihak bank.Ikut jangka masa promosi.
3.
GenXGenYGenZ : Blog yang simple nak paham dan tahu macam-macam
Selain dari tu,standard lah bukak lowyat forum.Dan untuk yang saving kat fixed deposit.Rerajin lah amik tahu promosi bank-bank ni.Macam HSBC pernah bagi sampai 5% return.Tapi adalah terma dan syarat.Contoh kena ada minimum 5ribu.
Fixed Deposit ni kira er untuk kita simpan bagi pulangan yang cepat dalam tempoh singkat.Tak silap camni;
Let say rate bank tu bagi 3.6% pa untuk 3bulan first.4%pa untuk 12 bulan.Kita simpan 1k.
Kalau kita decide nak keluar bulan ketiga.Pulangan adalah RM9.
Kalau keluar bulan ke12 dia bagilah RM40.
Perbezaan dengan simpanan tabung haji atau asb.Dividen diagihkan selalu setahun sekali.Manakala yang ni ikut tempoh yang kita nak simpan.Minimum tempoh ada yang 2bulan.
Take note selalu ada charge untuk simpanan kita.Dari RM9 patut dapat mungkin dia tolak lah nanti RM2 camtu.Ada juga charge lain kalau kita keluarkan sebelum tempoh yang dah ditetapkan.
Kalau compare dengan saving account contoh er maybank mungkin tak nampak sangat 'untung' disitu.Tak silap maybank akan bagi 2.5% kalau kita kekal kan sekurang-kurangnya RM250 setiap bulan.
Cuma agak bagus FD untuk orang yang kurang displin save duit macam aku ni.Ada balance RM500 pon mulalah teringin nak beli itu dan ini.
Like I told you before aku pon masih merangkak nak paham..This is the best tool provide by savemoney website untuk anggarkan pulangan FD.
Untuk gaji graduan yang baru kerja anggaran RM1800-RM2500.Sekurang-kurangnya kena simpan 20%.(RM360 - RM500) tapi bagi aku sebaik-baiknya 1/3 (RM600-RM830) dari gaji kena terus tolak untuk saving.Jangan guna.So kat FD ni mungkin jalan selamat nak letak duit supaya tak tercurik-curik saving sendiri.Sehari sebelum gaji tahu2 mencungap tinggal sekeping note RM50.
Bagi aku,seawal remaja memang kena galakkan untuk tahu pasal kewangan.Apa tu Fixed Deposit.Beza Takaful dan insurans,Bond,Cukai,etc.etc...
Kena lah rajin list kan barang keperluan,kehendak dan liability. Tak salah nak reward diri sendiri cuma kena letakkan limit dan be smart.
Aku selalu jugak lost nak buat belanjawan ni.Banyak perkara tak dijangka muncul.Macam kena repair keta (Selaluuuuuuu sebenarnya lari budget kat sini.tsk!)
Contoh budget dari pakar boros :
- Minyak seminggu RM50x4 RM200
- Makan shari RM10x30 RM300
- Family * RM100
- Touch n Go RM20x4 RM 80
- Other expenses(ubat gigi,shampoo) RM50
- Entertainment (movie)RM12x4+popcorn RM70
- Bil tepong RM30x2 ** RM60
- Gym * RM180
- Charity * (investment akhirat-highest %) RMXX
- Kekopi ** RM30
- Takaful ** RM30-RM200
- PTPTN ** RM100
Total without *& ** adalah RM700
With *RM1030 dan if semua anggaran max RM1690
Dari kira-kira aku yang selalu gagal ilmu hisab ni.Memang tak mungkin nak achieve simpan setiap bulan 1/3 tu if amik kiraan max.
Tapi antara sebab aku bintangkan ** tu ialah;
Untuk ** tu ada pilihan lain selain bayar bulan-bulan. **
bil phone tu if postpaid aku slalu bayar 2 bulan sekali..
Takaful ni penting jugak.Cuma kita kena betul-betul faham polisi dan apa yang kita dapat dari bayar setiap bulan/tahun.Maturity period and yearly bonus kena amik tahu.
Ada certain view advice long term saving cash bukanlah tindakan yang boleh kaya kan anda.Tapi ada masanya kita lebih perlukan duit untuk survive.
PTPTN tu aku rasa baik simpan dalam mana-mana FD atau asb/tabung haji etc.Nanti dapat dividen bayor lah setahun sekali.Tapi,kenalah cekalkan hati dan ingat diri sndiri ini duit bayar hutang.bukan berjoli.
Yang * itu terpulang pada individu.Kesimpulan er kalau pening sangat.Paling kurang dengan gaji kalau minimum RM1.8k kita masih boleh simpan 25% gaji.iaitu RM450.
If you know how to spend,You should learn how to earn and be smart on how to make it growth. (kata perangsang untuk diri sendiri)
29/8/2013