Selak

Friday, February 10, 2012

siapalah daku

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...
sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.


Aku malu nak copy paste tanpa kredit kepada tuan asal..
 source asal <klik sini
maaf atas kejahilan dan ke kurangan ilmu sndiri

Tuesday, February 7, 2012

no.


It hurt sometime ....

or maybe...


all the time.

Friday, December 23, 2011

Our Melbourne trip 1 (updating..)

Secara tetiba rasa nak update blog...
sebelum ibu and budak2 ni datang I end up bought ticket balik syiah and ibu from melbourne..
motip dorang datang untuk ini.tapi aku nk gak drag dorg g jejalan..takde kawan dowl..sedeh tau!
Problem sebelum trip
1.  sebab dorang gatal beli tiket lambat...ofkos la semua tiket dah mahal...
bila aku check.yang paling rasional is jetstar yang kebetulan business class tengah wat promo..harga lagi murah dari MAS and lebih kurang airasia kan...
the problem is kena transit kat singapore...and the next morning flight transit er..
bila tanye ibu dorang sangup je tido airport..so fine la..sbb aku nk suggest kaklong pick up ibu kat JB.tp dorang malas nk angkat2 barang.Dorang choose utk transit.
Ni kira first time la naik jetstar..walaupon kategori tambang murah..tp entertainment inflight bg ipad.i heard airasia punya in-flight ent. tak bbaloi...haha!tak kutuk..info jer
sebab utama aku dok promote kat ibu suh naik jetstar ialah sorang er luggage excess dah 30kg...wohooo!hand luggage bler 2x 7kg kot.
so barang aku bler disumbat skali ...ibu pon bler memborong la buah-buahan and ceri meri y dibeli kat Victoria market...

2. At first planning nk road trip dari QLD ke melbourne..ler transit sydney konon er.tapi it will take one whole day la.
semangat dow cari the cheapest services for car rental.3hari ;under $200 sangat bbaloi kan?and kalau tambah minyak pon still $150 camtu la bajet..tapi,bila flight rombongan cik zahrah ni dah on d way ke gold coast..baru la aku perasan y lesen aku baru mati bulan lepas...camvavik pungeng giler...

tapi Alhamdulillah ada air australia y baru je 1month operate and promo dia not bad..total 4 orang dalam $350.since they doing promotion..25kg luggage for each person..selesai lagi isu barang2 utk dieksport kembali ke tanah air.syukurr (:
aku rasa sebelah aku ni Lesbo..malas nk pandang aksi pelok2 
tengok la syiah.baru je fly dah start tido.isk2

3.bergaduh ngn makcik zahra few days sebelum g melb.sigh!malas nk pikir

Hoyeeeeh,sampai!
I am so looking forward for this trip since aku takde rasa pape best spanjang hidup dibumi australia ni...well,time akak aku dtg pon tengah mereng n busy.kes gadoh tak hingat time tu..and time cuti sem lepas flight aku n ezah end up cancel trip g melbourne sbb tiger airways buat hal...so ni je lah y btul2 aku m'enjoy kan diri spenuh hati..if korang tgk picture2 mcm best aku sebelum ni..sememang er itu semua dusta.

Flight kitaorg kesana adalah jam 6am.haruslah bersiap jam 4pagi...
Aku booking yellowcab..dari auchenflower ke airport kena dalam $48.lebih kurang je kot kalau ngan airtrain...air train pon charge $13/each paling murah..
4:20am cab sampai pickup kitaorg..since it summer subuh sangat awal which is 3:20am dah masuk.Praise to Allah the view is beautiful and barely we have a chance like this..
 in a cab

aku rasa airport brisbane ni mmg sunyi sepi je selalu...semut lalu pon ko boleh dengar tau (ok,aku exaggerated je!)
tapi entahlah,time ak dtg mmg slalu sepi aje..tengok la service air train er..start jam 5:15am smpai kul 7am je...apo gile?y org flight kul 11am camne..dtg dok lepak airport seawal 7.bukan ada ape..walau korang ada sedia service bus ke airport village y ada mall semua.tp,DFO pon haruslah dah tutop kan.. mmg x galak org datang agak er..

tapi chun la gak toilet kat departure hall er...haaa,kalau ko ternampk flight ko nak jalan..sempat la hagak er nak kejar (ok..aku tipu lagi)
nota kaki:anyway,aku failed dow term2 bila kat airport ni..check in time semua pon aku slalu failed kena check selalu...hampesss serius! 
ok la wey ada gak hiburan video clip walau mcm putus2 tak ikhlas.isk!




(ok,sila doakan aku terus wat sambungan alkisah trip aku ni tau...hihi ;P)
aku ngah dok korek2 lagi pic ni..almaklumlah,takde camera sendiri..tapi y semangat amek gambar er aku je..y len,tau nk possing je.sedeh tau pic aku tak banyak..sob2

Saturday, December 17, 2011

Pokok

apesal entah aku rasa pokok ni sgt byk signification dengan manusia...
Dengan hidup,dengan dosa,pahala,ilmu....


" Kalau pokok tak mampu berbuah,berbunga pun jadilah...
Tapi ini ranting pon tak cukup nak buat unggun api "

Saturday, November 26, 2011

Florence +The Machine - Drumming Song


I swallow the sound and it swallows me whole
Till there's nothing left inside my soul
As empty as that beating drum
But the sound has just begun

Sunday, November 6, 2011

The Story of Electronics (2010)




THINK BEFORE YOU BUY..
AGAIN think!

and my main reason I don't want to work at manufacturing...
I won't

Friday, November 4, 2011

Istikharah

aku tak pernah solat istikharah.
sebab er,entah la~
takpernah tegerak hati nak buat lagi...
well,org kate jgn buat solat hajat hanya sebab nak sesuatu.solat istikharah?entah la.
mungkin sebab tu aku slalu myesal dengan semua yg aku buat.
boleh jadi..tula sebab asik serabut je..
herm,saje nak letak sni.mane tau esok-esok rasa nak buat..




Doa Istikharah: Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya /engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku.